Results 1 to 9 of 9

Thread: mendapatkan lesen perniagaan

  1. #1
    Junior Member dynz's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    kelantan
    Posts
    9
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default mendapatkan lesen perniagaan

    salam...
    cam ner yup tuk kita apply lesen perniagaan yg sah yg telah diluluskan oleh ssm. kewangan malaysia dan lain2..
    bagaimana pula ngan nama perniagaan spt trading,catering,entreprises,Sdn Bhd or lain2...bley xexplain ngan blih details sal hal ini???
    cam maner Prosidur tuk memiliki lesen perniagaan dan lesen kewangan yg diikhtiraf oleh kerajaan malaysia???
    btw mintak tolong terang sal perniagaan yg bleh diniagaankan ats nama catering,entreprises,sdn bhd dan lain..
    diharapkan warga melayu niaga dpt menberi pendapat dan idea2 yg bernas..
    kerjasama semua amat diperlukan..

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    23
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default enterprise vs sdn bhd

    salam...

    Sebenarnya panjang lebar nak terangkan nie. tapi aku cuba ringkaskan untuk ko..

    1. pasal nama: apa jua nama seperti enterprise, solutions, caterings, technologies yg kat hujung nya adalah tergolong dalam kategori enterprise. Cuma nama kat hujungnya tu melambangkan kategori perniagaan yang dijalankan. Contohnya, jika nama peniagaan adalah ABC sejahtera catering kat hujungnya catering, maka jenis perniagaan yg dijalankan mesti lah perniagaan yg melibatkan catering sahaja. Jika dengan nama ini anda memohon untuk menjalankan perniagaan lain, mesti ditolak masa proses pendaftarn. Kalau nak buat perniagaan yg secara umum anda boleh gunakan enterprise. Pilih nama yg sesuai kerana melalui nama juga pelanggan senang untuk mengenali apa jenis perkhidmatan yg anda sediakan.

    2. Pasal perbezaan enterprise dan sdn bhd

    enterprise juga dikenali sbg milikan tunggal. Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarang masalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu atau pemilik.

    Sebagai contoh, jika perniagaan memperoleh keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian maka kerugian tersebut juga adalah kerugian atau kehilnagan harta pemiliknya. Justeru itu, dalam perniagaan milikan tunggal, liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yang tidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapat dilangsaikan itu.

    3. Sdn Bhd..

    Sdn bhd ni agak kompleks sket nak terang.. sbb benda pertama ko kena paham adalah
    a) syarikat
    b) pemegang saham
    c) lembaga pengarah
    d) nak tubuh sdn bhd kena ada sekurang2 nya 2 org director dan penubuhan syarikat nie kena ada paid up capital
    e) dan yg paling penting kena ada setiausaha syarikat

    benda nie mmg panjang. aku nasihatkan jika nak buak sdn bhd, mula2 ko carilah setiausaha syarikat dulu, pastu ko tanyalah diorang dgn lebih lanjut..
    aku bukan tak nak terangkan tapi benda nie rumit sket dan panjang berjela nak taip. harap kalau ada warga MN yg rajin tolong la terangkan kat member kita nie...

    bila ko dah ada lesen dari ssm nie, secara automatik ko dah boleh memulakan perniagaan yg sah. Cuma ada lesen-lesen lain yg ko perlu mohon juga contohnya lesen dari pihak majlis bandaran, lesen kewangan kalau ko nak masuk tender2 kerajaan, lesen jualan langsung kalau kompeni ko nak buat direct selling dll. lesen-lesen nie ko apply ikut apa yg ko perlu. klu tak perlu ko nak apply juga pun boleh dengan syarat ko ada banyak duit.. hehe


    last sekali cara pendaftaran..

    enterprise-senang sekali, ko bawa ic photostat, ambil borang kat ssm, isi 3 nama yg ko pilih, bila nama dah lulus, jumpa pesuruhjaya sumpah dan bayar 70 kat ssm. dalam masa sejam siap.

    sdn bhd - susah sket.. ko jumpa setiusaha syarikat bayar kat diorang dalam 1500-3000 dan diaorang akan siapkan semuanya dalam masa 7 hari.

    ok.. walaupun penerangan aku nie tak lengkap, aku harap sedikit sebanyak dapat membantu ko..

    cheers.

  3. #3
    Junior Member dynz's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    kelantan
    Posts
    9
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    tima kasih ats penerangan diberikan....
    so lau cam kita nk msk tender kerajaan spt tender pembinaan banggunan or tender pemasangan wiring or econ,kita pelu kna lesen enterprise or sdn bhd???
    cam maner lak ngan lesen clas e,d,c,b,a???tuk apply lesen niew akaun kita cam ner lak??ak pown xconfirm maner la ase nyer lau lesen c pelu ader 50k lam 3bln n clas b xconfirm n clas a pelu ader skurannyer 500k lam 3bln..
    menurut pe yg ko katakan td lau kita nk bukak 1 company sdn bhd niew kita pelu ader setiausaha n 2 director??
    sal paid up capital niew xbp fhm la maksud dia..ley explain ngan lebih details sal sdn bhd niew..

  4. #4
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    23
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default lesen perniagaan

    ok.. asasnya semua jenis perniagaan yg ko nak laksanakan ko kena daftar dgn ssm samada enterprise atau sdn bhd. lesen nie ko wajib ada.

    kalau ko nak masuk tender buat bangunan ko kena dapatkan lesen kontraktor.

    pasal paid up capital plak paid up capital tu modal yg disumbang oleh director untuk syarikat sdn bhd yg ko nak tubuhkan. contohnya 2 directer, setiap sorang 50k untuk memulakan company tu, so paid up capital syarikat ko nanti 100k. so ko pegang 50% saham dan sorang director lagi pegang 50% saham.

    aku nasihatkan kalau bisnes ko kecil dan sederhana lebih baik ko buat enterprise dulu sbb sdn bhd nie tak mcm enterprise, kerana setiap keputusan yg nak dibuat kena dapatkan persetujuan pemegang saham dalam mensyuarat. enterprise semua keputusan ko yang muktamad kan.

    untuk lebih senang, apa kata ko citer sket ko nak buat bisnes apa? senang la orang lain bagi ko guide apa yg ko perlu buat.
    Last edited by khirul; 04-25-2010 at 02:00 PM.

  5. #5
    Junior Member dynz's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    kelantan
    Posts
    9
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    so first skali kena wt lesen ngan ssm n lesen kewangan??
    hihih...ak niew berminat nk buat perniagaan wt buat bangunan n msk tender kerajaan..xkira la wt bangunan,wiring 3phase,motor,econ,networking..
    yela supaya kita ley handle 1projek kerajaan..xkira la cam buat sekolah ker, hospital or pejabat kerajaan ker..cam 2 la lebih kurang nyer...
    btw ak niew nk kukuhkan ilmu sblm start perniagaan niew..xnk la buat bukak company tp ilmu xder..so ak nk cri ilmu sal niew dlu sblm start perniagaan niew..
    ak harap korang ley bantu lam bg idea or pendapat yg bernas2..

  6. #6
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    23
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    yup... mula-mula ko daftar dgn ssm dulu. untuk permulaan ko daftar je enterprise dulu...

    kalau sekadar nak buat wiring ke, catering ke, ko cuma perlu lesen kewangan. masa daftar lesen kewangan tu ko pilihlah kod bidang yang bersesuaian yg ko nak buat.. untuk kod bidang ko boleh rujuk laman web mof.

    kalau ko nak buat kontarktor, ko kena la daftar lesen kontraktor mengikut kelas yg ko nak. yg ni ko kena tanya PKK ( pusat khidmat kontraktor) yg berdekatan dgn ko. Bab kontraktor nie aku tak tau sangat, ko kena pergi ke PKK tanya sendiri samada permohonan baru boleh dibuat atau tidak. kalau diorang freeze, ko kena tunggu ler sampai dia buka balik.

    sorry.. kalau ada kesalahan dalam info nie tolong betulkan...

    TQ, cheers

  7. #7
    Junior Member dynz's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    kelantan
    Posts
    9
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    tq..4 information...nanty ak kn try tanya ngan kontraktor2 yg slalu bersama my dad..tp ak sbenarnyer segan sbb umur ak bru 20taun n ak niew still sbenar ag..
    xtaw la nanty diorng nk share or xinformation ngan ak..

  8. #8
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    23
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    bagus la kalau ko minat nak bekerja sendiri.. aku dulu pun start bisnes masa umur aku 23. start dgn enterprise, belajar slow2. Pastu dah selesa dan dah tahu apa yang nak buat baru aku tukar company ke sdn bhd. HArap ko tak putus asa, belajar, belajar dan belajar...

    cheers..

  9. #9
    Junior Member dynz's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    kelantan
    Posts
    9
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    tq...skrng ak just tunggu abis blajar jewk taun dpn..
    so buat masa skrng ak just nk kumpul infomation yg ckp dlu sal asas perniagaan niew..bila ilmu da ader ckit2 senang tuk start bisnes..tima kasih la ats penerangan.ak xley keje ikt msa n dgr arahan org..btw skarang niew ak tgk stil cri cara tuk jd pemimpin@bos yg disenangi oley org bwh..

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •