Jangan tunggu dan berharap bantuan dari kerajaan:
Tiada apa yang boleh digembirakan dengan Belanjawan 2010
kali ini. Suatu yang menyedihkan kepada rakyat biasa
seperti saya dan keluarga
Pengurangan cukai yang sedikit...hanya dibawah RM100
untuk setahun, tidak menggembirakan langsung kepada
orang biasa seperti saya.
Pada saya dan kebanyakan rakyat biasa, lumrahnya
masalah perbelanjaan terbahagi kepada 4 bahagian:
Kos harga makanan yang semakin meningkat
================================================== ====
Kebanyakan harga barang untuk keperluan seharian semakin
meningkat dengan peningkatan harga petrol yang tidak pernah
turun - turun

Walaupun kerajaan telah melakukan beberapa
langkah untuk menurunkan harga petrol.
Dan tiada langkah yang diambil untuk mengatasi peningkatan
kenaikan harga walaupun jumlah gaji masih ditahap yang sama.
Sebahagian besar dari wang gaji digunakan untuk membayar
ansuran kenderaan
================================================== =====
Harga kenderaan di Malaysia adalah antara yang tertinggi didunia
dengan wujudnya beberapa cukai yang tersembunyi.
Kenapa tiada langkah yang sewajarnya diambil untuk menyelesaikan
masalah ini. Kenderaan bukannya kehendak, tetapi sudah
menjadi suatu keperluan kepada kita dimasa kini...owhhh
Sebahagian besar dari wang gaji digunakan untuk membayar
ansuran atau sewa rumah
================================================== =====
Pheww....lebih 35% dari wang gaji digunakan untuk membayar
ansuran atau sewa rumah..Hampir keseluruhan harga hartanah
di bandar besar diMalaysia semakin melambung. Menyedihkan
lagi keadaan, tiada langkah pengawasan yang lengkap
terhadap sistem "sewa atau beli" di Malaysia. Cuba anda
lihat sewa rumah di bandar besar seperti Johor dan Kuala Lumpur.
Tidak masuk diakal dengan harga rumah atau sewa yang melampau.
Dan tidak memeranjatkan jika harga sewa rumah saiz sederhana
akan menyamai gaji seorang penolong pengurus 5-10 tahun
akan datang...bersediakah anda??
Kos pendidikan anak-anak
================================================== =====
Kepada mereka yang tidak mendapat tempat di universiti
awam , sudah pasti terpaksa memilih private college
yang melibatkan kos yang tinggi..tetapi kenapa
kerajaan tidak memberi subsidi untuk perkara ini
Saudaraku, kesimpulannya kerajaan tidak tahu apa yang
kita tempuhi seharian..bersediakah densu untuk tahun
yang mendatang???