Results 1 to 9 of 9

Thread: Projek ternakan itik telur

  1. #1
    Administrator admin's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Gombak
    Posts
    138
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Talking Projek ternakan itik telur

    Selain dari projek ini, saya ada juga membela itik telur dalam 1000 ekor di kuala selangor, sesiapa ada pengalaman di dalam bidang ini, harap berkongsi laa, apa-apa sahaja yang perlu saya tahu

  2. #2
    Senior Member
    Join Date
    May 2009
    Posts
    132
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by admin View Post
    Selain dari projek ini, saya ada juga membela itik telur dalam 1000 ekor di kuala selangor, sesiapa ada pengalaman di dalam bidang ini, harap berkongsi laa, apa-apa sahaja yang perlu saya tahu
    Saya ada membuat kajian ternakan itik telur Khaki Champbell.

    PEMILIHAN BAKA

    Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

    Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

    - mempunyai daya hidup yang tinggi

    - bebas dari kecacatan

    - penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)

    - menghasilkan telur yang berkualiti

    - berat antara 65 - 75 gm sebiji

    - kulit telur adalah keras

    - warna kuning telur kemerah-merahan

    - saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg

    - ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas

    Dalam aspek pemakanan, penggunaan dedak hanya 30% sahaja sehari diberi sebelah petang. Ini adalah perlu bagi menstabilkan sistem pemakanan dan kesihatan itik.

    70% makanan lain adalah terdiri dari bahan kompos dan buangan seperti hampas (serat, lemak dan vitamin) soya, kelapa, kulit telur(kalsium dan mineral), tahi cacing (serat dan mineral), black soldier larve(45% protein), BioEM (antibiotik untuk pencernaan sistem penghadaman) dan kompos dari buahan dan sayuran.

    Semua perkara diatas adalah percuma dengan syarat rajin berusaha untuk mengumpul bahan tersebut. Ada sukatan tertentu dan jika diberi berlebihan, itik tidak bertelur seperti juga manusia bila kenyang atau terlampau banyak makanan berkhasiat, ia adakan mendatangkan penyakin kepada kita.

    Dalam setahun itik akan rehat bertelur selama 2 bulan dan bulu akan meluruh sebagai tanda persiapan bertelur akan datang.

    Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

    Pengurusan Itik Semasa Bertelur

    Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-

    - Beri makanan jenis Layer Pellet disebelah petang. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.

    - Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.

    - Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.

    - Lain-lain makanan tambahan seperti diatas diberi sebelah pagi

    - Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)

    - Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik) dikandangnya

    - Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata

    - Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan

    - Semak keperluan cahaya mengikut umur itik



    Untuk keterangan lanjut, cuma sediakan pulut kuning ayam panggang...
    Hidup lebih ceria jika sihat dan ada wang !

    Hidup lebih ceria jika sihat dan ada wang !

    "Kesihatan adalah anugerah Tuhan dan jangan sia-siakannya kerana daripadanya kita masih hidup":

    Membeli belah di sini dengan suasana yang meriah
    http://www.sheryna.com.my

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    2
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    sye salah sorang yang tgh cari maklumat bab penternakan itik telur.nak tanye pendapat korang semua..
    bagaimana pasaran semasa itik telur nih?
    biasanya siapa target pasaran telur itik ni?

  4. #4
    Administrator admin's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Gombak
    Posts
    138
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    tengah dok doa, itik bertelur duaa bulan lagi , ada la pelihara dalam 1000 ekor di kampung kuantan

  5. #5
    Senior Member
    Join Date
    May 2009
    Posts
    132
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by hazrad View Post
    sye salah sorang yang tgh cari maklumat bab penternakan itik telur.nak tanye pendapat korang semua..
    bagaimana pasaran semasa itik telur nih?
    biasanya siapa target pasaran telur itik ni?
    Pasaran telur itik mentah harga ladang adalah RM0.60 sen sebiji dan harga pasar RM0.70 bergantung kepada kawasan dan negeri. Jika telur masin, pasaran sentiasa ada, harga runcit borong RM80.00 seratus biji dan kalau kat kedai makan RM1 sebiji.

    Pengalaman saya, itik memang tak sempat bertelur dan ditempah beribu-ribu biji dan jika telur mentah tidak terjual, jangan risau, belajar buat telur masin. Telur masin yang dibuat dengan sekam bakar lebih lembut dan enak manakala yang air juga enak tapi perlu buang air bila cukup masa sebab akan jadi terlampau masin dan cepat rosak.

    Kepada yang nak ternak itik, saya memang galakkan tapi itik akan bercuti bertelur pada bulan tengkujuh bermula oktober hingga disember. Kalau bertelur pun hanya 10% sahaja. Itik tua adalah pada usia 12 bulan dan pada masa ini, kita perlu mengasingkannya kerana tidak produktif, orang tua kata mengabihkan boreh je. Itik tua ini kami akan jual kepada pembeli yang inginkan daging itik. Sumber kedua untuk menampung kos ladang seharian. Makanan kalau boleh buat dari makanan kompos iaitu menggunkan Efective Microb ke atas sayuran dan buah yang rosak. Ia akan memberi vitamin dan mineral asli serta tenaga dan kalsium yang banyak. Selain dari itu, ia membekal antibodi kepada ternakan supaya tidak mudah terkena penyakit. sekadar berkongsi.
    Hidup lebih ceria jika sihat dan ada wang !

    Hidup lebih ceria jika sihat dan ada wang !

    "Kesihatan adalah anugerah Tuhan dan jangan sia-siakannya kerana daripadanya kita masih hidup":

    Membeli belah di sini dengan suasana yang meriah
    http://www.sheryna.com.my

  6. #6
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2009
    Posts
    2
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman berguna.
    bagi memproses telur masin tu,dimana saya boleh dapatkan sumber sekam padi ye.
    selain sekam padi bakar, boleh tak gunakan bahan ganti lain?

  7. #7
    Senior Member
    Join Date
    May 2009
    Posts
    132
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by hazrad View Post
    terima kasih kerana berkongsi pengalaman berguna.
    bagi memproses telur masin tu,dimana saya boleh dapatkan sumber sekam padi ye.
    selain sekam padi bakar, boleh tak gunakan bahan ganti lain?
    Sekam padi mempunyai unsur silika yang digunakan untuk menyerap gandungan galian seperti garam dan mineral yang ada pada tanah liat. Ini akan memberi zat miniral asli kepada isi telur dan dapat mengekalkan kemasinan dan kelazatan isi kuning telur. Oleh itu, tanah liat dan sekam bakar adalah bahan utama sebagai perisa dan menstabil kemasinan kepada isi telur.
    Hidup lebih ceria jika sihat dan ada wang !

    Hidup lebih ceria jika sihat dan ada wang !

    "Kesihatan adalah anugerah Tuhan dan jangan sia-siakannya kerana daripadanya kita masih hidup":

    Membeli belah di sini dengan suasana yang meriah
    http://www.sheryna.com.my

  8. #8
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    17
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Projek ternakan itik telur

    Terimakasih atas info pasal itik telur ni rupanya ada masa cuti bertelur juga yek.... hihihi...kami ingatkan itik kami dah menoupous.....

    Kami ada bela itik telur... memang rajin bertelur...malangnya gagak juga rajin berkunjung utk bersarapan telur itik setiap pagi.... maka berebutlah kami tiap pagi berhambat kejor ngan gagak....

    Kami buat telur masin juga... kami rendam dalam air garam jer...guna bekas gula2 yg jual kat kedai tu...bubuh garam 1kg...larutkan dengan air suam...sampai banyak lagi garam tak boleh larut...tepu .... masuk telur yg dah dibasuh... selepas 3 minggu dah boleh rebus....

  9. #9
    Junior Member anakbauk's Avatar
    Join Date
    Feb 2009
    Posts
    5
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    saya nak kate ada pengalaman tu takde la..juz selalu dan lali dah tengok orang bela..itik nie memang kene sabar nak belanya..ubat dan makanan kene sentiasa full..kalau kiter jenis nak save payah la sikit..tapi die punyer telur memang sentiasa laku laa..
    peja - 0179551602

    kalau sudilayarilah..

    http://exoticbantamsbreeder.blogspot.com/

LinkBacks (?)

  1. 12-14-2009, 11:14 AM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •